RESENSI BUKU: BACA BUKU APA HARI INI?
PROGRAM: KOMUNITI BUKU SHE
Bawah program Komuniti Buku SHE, pihak SHE telah merangka satu program percuma secara sangkutan maya (virtual reality) melalui aplikasi Zoom dan sambungan secara langsung ke Laman FB Rak Buku Nurul Syahida.
(www.facebook.com/syahidahassanenterprise).
RESENSI BUKU: BACA BUKU APA HARI INI?
Program ini merupakan program mengulas buku yang telah dibaca dan berkongsi ilmu yang didapati daripada buku tersebut. Melalui program ini, para peserta yang terlibat akan mengulas buku yang telah dibaca selama lima minit. Rakan yang lain boleh mengajukan soalan sekiranya berminat dengan buku tersebut.
Program ini diadakan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Sesiapa yang berminat perlu mendaftar dahulu melalui WhatsApp ke 0107907388 (Nurul Syahida). Setiap penyertaan akan disediakan e-sijil. Peserta tidak terikat untuk menyertai program ini. Tiada paksaan untuk mengikuti program pada setiap minggu. Tetapi, kami jamin, sekali terjebak pasti akan selalu hendak sertai. Seronok berkongsi buku yang dibaca!
Cara ini sebenarnya dapat menambah bilangan pembaca buku dan memperkenalkan sesebuah buku kepada umum. Apatah lagi, perjumpaan secara maya ini boleh ditonton secara siaran langsung atau ulangan di laman FB milik SHE.
Inisiatif ini diambil kerana kami ingin mewujudkan masyarakat membaca dan memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Melalui cara ini, aktiviti membaca dapat dijadikan gaya hidup masyarakat dan seterusnya membina tamadun bangsa yang lebih bijak!