ULASAN BUKU: RAJA ANEKDOT

DIULAS OLEH SAHUDIN MA'ANAM

Anekdot ialah sebuah cerita pendek dan ringkas yang membawa kepada suatu kisah dan peristiwa yang melucukan dan kelakar. Penulis meletakkan judul buku ini sebagai Raja Anekdot sebagai bagi menjelaskan kepada khalayak pembaca bahawa buku ini cuba membawakan kisah-kisah lucu yang sangat banyak dan pasti menghiburkan. Kumpulan kisah-kisah lucu ini cuba menguguli di antara buku-buku lawak di pasaran dengan meletakkan judul “Raja”. Mungkin penulis cuba menyatakan bahawa buku ini adalah sebuah buku Raja Lawak di dalam bentuk penulisan sepertimana realiti TV Raja Lawak yang menghiburkan penonton di dalam televisyen pada setiap tahun

Raja Anekdot dihasilkan oleh 28 orang penulis dengan 140 buah kisah lucu yang mencuit hati melalui selenggara Khairy Tajudin dan diterbitkan oleh KTR Press pada tahun  2019 dan berharga  RM 22.00 sahaja. Kisah-kisah pendek lucu ini yang ringkas hanyalah sebanyak 175 mukasurat pasti membuatkan hati pembaca terhibur dan tidak menjemukan kerana diceritakan di dalam keadaan santai bertepatan dengan judul buku iaiti Raja Anekdot.

Setiap penulis telah mempersembahkan di antara 4 hingga 5 anekdot dengan kisah-kisah yang terkait dengan kehidupan harian masyarakat kita dan diakhiri dengan biodata penulis-penulis tersebut. Dimulai oeh penulisan Muhaymin Wahab dengan 5 kisah pendek beliau iaitu dialog di antara  watak Mail Ceding dengan Mak Munah di dalam suasana warung berjaya menghidupkan kisah lucu dengan disertakan pengajaran-pengajaran di dalam kehidupan. KIsah kehidupan kekeluargaan cuba di ketengahkan oleh penulis Rashid Rejab melalui kidah Panjat bumi iaitu dialog di antara si ayah dan anaknya kecilnya Ammar juga menjadi suatu kisah yang melucukan. Manakala penulis Ida Hani pula meletakkan kisah-kisah diri beliau yang menjadi pengalaman yang melucukan untuk dikongsikan di dalam buku Raja Anekdot ini.

Kisah-kisah pendek yang padat ini berhasil menjadikan buku Raja Anekdot sebuah buku yang membawa kisah yang cukup santai dan melucukan.  Raja Anekdot sesuai untuk kesemua golongan pembaca yang inginkan sebuah buku yang menghiburkan dan menceriakan. Pembacaan yang melucukan ini dapat menghilangkan rasa letih bagi pembaca yang kurang berminat dengan tema-tema berat yang di bawa oleh sesebuah buku. Pendekatan yang di bawa oleh penulis di dalam mengumpulkan kisah-kisah lucu ini merupakan usaha yang baik bagi memupuk pembaca membina sifat membaca. Kisah-kisah lucu ini juga boleh membantu pembaca untuk menghilangkan tekanan melalui kisah-kisah kehidupan yang lucu dan menghiburkan.

Untuk membeli buku ini, klik di sini:

Tinggalkan komen

Sila ambil perhatian, komen mesti diluluskan sebelum ia diterbitkan