24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik (E-Book)
15 Bab Membesarkan Anak Dalam Zaman Fitnah
Pengarang: Prof Madya Dato Dr. Mohd Izhar Ariff dan Hashim Ahmad Shiyuti
Dalam situasi sebegini, keluarga adalah elemen penting dalam memastikan kesinambungan kehidupan yang masih lagi dapat diteruskan. Kita sebagai ibu bapa adalah ejen terpenting dalam institusi ini di mana kita berperanan sebagai perancang dan pelaksana kepada amanah Allah untuk kita semua. E-book ini didatangkan bagi
membantu ibu ayah dalam merancang dan melaksana pendidikan anak-anak menurut lunas-lunas Islam. (Prof Madya Dato Dr. Mohd Izhar Ariff)
Jumlah keseluruhan buku ini mengandungi lebih 300 muka surat dengan dipecahkan kepada enam belas (16) bab membincangkan pelbagai aspek berkaitan peranan kita sebagai ibu bapa.