
Penyelenggara: Tunku Zarita Tunku Mohd Mokhtar
Penerbit: Nuha Creative Resources
Tahun: 2019
Muka Surat: 172
Ā
Blurb:
Lelaki dari kaca mata lelaki! Ya, penulis antologi cerpen Santau Siber ini bukan lelaki biasa-biasa. Tidak mudah untuk seorang lelaki menyahut cabaran untuk mengolah cerita dunia lelaki. Namun segalanya bagai percikan bunga api apabila karya para penulis lelaki ini dibukukan.
(Tunku Zarita - Penyelenggara)
Seperti satu luahan perasaan yang terpendam selama ini, akhirnya terlahir melalui mata pena. Di sisi gagah seorang lelaki dalam hatinya ada taman. Antologi Cerpen Santau Siber mengandungi pelbagai cerita dari sudut pandangan seorang lelaki begitu menarik dibaca. Bukan mudah seorang lelaki meluahkan apa yang dirasa. Jika tidak kena caranya, seorang lelaki sanggup menyimpan rahsia hati buat dirinya sahaja. Namun, melalui karya ini tembok keegoan seorang lelaki seolah-olah telah dipecahkan.
(Asmha Hashim - Editor)