
Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang merupakan sebuah buku yang menampilkan kisah-kisah motivasi dan kerjaya selepas pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020. Kini, selepas tempoh pemulihan, ramai yang mengalami perubahan 180 darjah dalam kehidupan. Mengandungi 11 buah kisah yang memberi inspirasi dan meningkatkan motivasi diri para pembaca. Kisah-kisah ini ditulis oleh 10 orang penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.