
Penyelenggara: Ruhana Md Zaki
Penerbit: Tinta Nasuha
Tahun: 2018
Muka Surat: 78
Ā
Blurb:
Jerih Cikgu Madani terhasil berinspirasikan keadaan masa kini yang dihadapi oleh guru-guru Malaysia. Apabila zaman semakin berubah dan mencabar, tugas sebagai guru juga turut dicabar. Apakah tanggungjawab guru hanya menyampaikan ilmu semata-mata? Tidak bolehkah lagi guru turut memainkan peranan sebagai pendidik dan seterusnya mencapai tahap murabbi?
Seramai 16 orang ahli masyarakat pelbagai lapisan dan latar belakang bergabung idea hingga akhirnya menghasilkan 57 sajak yang tidak lain tidak bukan, bertujuan memberi semangat kepada para guru agar tidak rebah mendokong amanah sebagai golongan paling penting dalam masyarakat.
Meskipun ada yang tidak berpuas hati, guru-guru tidak boleh terlalu mudah patah hati. Setiap usaha murni pasti ada dugaannya. Setiap kerjaya pasti ada dugaannya. Teruskanlah usaha yang mulia untuk membentuk wajah masa depan negara kita yang tercinta.
Sebenarnya, masih ramai yang menyokongmu, cikgu. Masih ramai yang mendoakan dirimu.