Catatan Fikir Dua Penulis

Catatan Fikir Dua Penulis

Harga biasa
RM19.00
Harga jualan
RM19.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Penulis: Hilal Asyraf, Zahiruddin Zabidi

Penerbit: Grup Buku Karangkraf

Tahun: 2015

Muka Surat: 251

Ā 

Blurb:

Yakni hendak menjadikan penulisan sebagai wasilah dakwah, sebagai usaha untuk mendapatkan rahmat ALLAH. Menjadikan medium ini sebagai usaha saya untuk berjuang memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi, dan hamba kepada ILAHI. - Hilal Asyraf

Ya, kerap dipesankan, tulislah sesuatu yang memang dialami. Untuk alami mesti amali. Justeru, Catatan Fikir Dua Penulis ini ditulis daripada keyakinan untuk meyakinkan. Buku ini bukan hanya untuk difahami tetapi juga untuk 'dirasai'.

Insha-Allah, anda tidak akan jemu bahkan terasa seolah-olah dibawa sama melalui detik-detik yang indah, mencabar dan mengujakan itu. Sisi kritikal yang telah menjadikan mereka penulis yang mempunyai kelas dan tempat tersendiri dalam kalangan pembaca masa kini.

Lihatlah cita-cita mereka yang telah diterjemah dalam bentuk kerja keras, kerja cerdas, jadual hidup dan disiplin yang ketat. Mereka ada mimpi yang ditukar menjadi impian. Ada keghairahan yang membuak-buak dan sentiasa tidak tega dengan apa yang ada kerana mereka berjuang bukan mencari makan!

Catatan Fikir Dua Penulis ini bukan catatan untuk dibaca dan disimpan. Tetapi untuk dibaca dan diperjuangkan. - Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Seorang pendakwah seharusnya memikirkan bentuk penulisan bagaimana yang mampu memberi kesan dan membangkitkan rasa mahu kembali kepada Islam apabila mad'u membacanya. - Zahiruddin Zabidi