Penulis: Muhammad Shahrul Ifwat Ishak, PHD
Penerbit: Maqasid Institute Malaysia
Tahun: 2022
Muka Surat: 127
Blurb:
Setiap hukum syariah mempunyai matlamat kesejahteraan terhadap kehidupan manusia, namun bagaimana jika hukum tersebut apabila dilaksanakan membawa implikasi yang bertentangan? Sejauh manakah ruang tolransi diberikan dalam usaha menangguh atau mengubah pelaksanaan hukum disebabkan keadaan semasa? Dalam menangani isu ini, kaedah al-Ma'alat telah disusun sebagai pendekatan dengan memastikan implikasi pelaksanaan hukum selari dengan matlamat asalnya, sama ada memberi pengecualian atau penangguhan. Walau bagaimanapun, pendekatan sebegini sering didakwa boleh menyebabkan salah guna oleh golongan tertentu untuk meminda hukum atas nama maslahah. Justeru, sejauh manakah konsep dan aplikasi kaedah al-Ma'alat mengharmonikan antara tuntutan wahyu dan realiti semasa, bukannya membenarkan perubahan hukum atas nama matlamat menghalalkan cara?