Mimpi itu anugerah Ilahi. Mimpi ganjil dan ngeri selama tiga malam berturut-turut telah mencetuskan ilham kepada Hanafi untuk menulis sebuah novel. Tanpa disangka-sangka, novel hasil garapan mimpi itu telah dilamar untuk pembikinan filem terbaharu terbitan seorang penerbit terkenal tanah air. Lebih mengejutkan lagi apabila dia menerima panggilan misteri daripada seorang CEO terkenal dari negara jiran, mendakwa bahawa watak-water dalam novel itu sememangnya hidup di dunia nyata.
Misteri kian memuncak apabila realiti yang semakin membingungkan itu telah membuka hijab rahsia yang dicari-cari oleh Hanafi selama ini. Mimpi ngeri menjadi novel lalu diadaptasi sebagai sebuah filem penuh
sensasi, akhirnya terjelmalah sebuah realiti yang hampir meragut nyawa!