Kompilasi 24 cerita dalam sebuah buku, mencambahkan rasa cinta kepada ibunda tersayang. Pengorbanan insan bernama ibu, bonda, umi, mama, mummy, emak atau apa-apa sahaja gelaran, tiada penghujungnya. Buku ini didedikasikan buat semua ibu di dunia. Ketahuilah, tiada apa-apa pun di dunia ini yang dapat menandingi kasih sayangmu, ibu kerana dikaulah dunia kami.