TRILOGI LEGASI ANAK FELDA KERATONG 3: CINTA TIGA SEGI AOTEAROA

TRILOGI LEGASI ANAK FELDA KERATONG 3: CINTA TIGA SEGI AOTEAROA

Harga biasa
RM25.00
Harga jualan
RM25.00
Harga biasa
RM25.00
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Trilogi Legasi Anak Melayu Felda Keratong adalah sebuah fiksyen travelog yang menceritakan kisah Faidhi, sorang anak Melayu dari Felda Keratong yang belajar di New Zealand dari Tingkatan Tujuh hingga ke peringkat universiti pada tahun 1983 hingga 1985.
Pengalaman menetap bersama keluarga angkat, pendedahan kepada pelbagai cabaran, dari rasisme kepada persaingan dalam akademik serta kisah percintaan remaja diselitkan sebagai mengisi realiti.
Penceritaan kembara para pelajar yang mengeksplorasi New Zealand untuk menambah pengalaman. Tempat-tempat menarik dan keindahan New Zealand menjadi sebahagian latar belakang kehidupan para pelajar.
Faidhi mula melihat kehidupan dari perspektif berbeza, terutama mengenai 'pembelajaran secara menyeluruh' bukan sekadar dari dalam kelas, malah dalam masyarakat yang asing. Ilmu tidak sekadar dari buku dan bilik darjah tetapi dari pergaulan, aktiviti sukan dan masyarakat. Pelbagai unsur dan nilai etika yang baik di New Zealand melengkapkan jati diri Faidhi sebagai seorang budak Melayu dan Islam.