3 HARI 2 MALAM
SEBUAH TRAVELOG TARBIAH
Pengarang: Afiq Saleh
Penerbit: Syahida Hassan Enterprise
Tahun: 2021
Muka Surat: 153
ISBN: 9789672378464
Blurb:
COVID-19 - hanya dua perkara saja yang difikirkan, sama ada akan dipanjangkan usia untuk terus menghirup udara atau kembali dalam keadaan terbujur kaku, tiada pilihan yang ketiga. Pada ketika itu, semua perkara yang saya lihat di depan mata, ada sahaja yang cuba dikaitkan dengan kematian. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu. Sedih, serabut, gundah gulana bahkan hampir-hampir saha ke arah mental-down yang teruk.
Kunci kepada segala ketenangan hidup adalah REDA. Datanglah sebesar mana pun ujian hidup, jika reda ada di hati, semuanya akan dihadapi dengan senyuman walaupun disulami dengan kesulitan dan air mata.
Bukut Travelog Tarbiah: 3 Hari 2 Malam ini adalah klimaks kepada perjalanan saya sepanjang melalui hari-hari sebagai pesakit COVID, sesuatu yang tidak pernah saya terfikir bahawa jangkitan ini akan terjadi dalam hidup saya.
Buku Travelog Tarbiah: 3 Hari 2 Malam, saya menjumpai kasih sayang Allah dalam sebuah ujian.