Buku Panduan Menulis Slogan Untuk Peraduan
Penulis: Sufian Am, Zuhailah MS
Penerbit: Syahida Hassan Enterprise
Tahun: 2020
Cetakan Pertama: 2020
Muka Surat: 112
Blurb:
Penulisan slogan selalu dijadikan peraduan oleh pelbagai pihak sebagai salah satu cara promosi produk atau perkhidmatan. Melalui penulisan slogan, kreativiti peserta dicabar untuk menghasilkan kata-kata mengikut kehendak penganjur dalam limitasi perkataan yang tertentu. Kadangkala, slogan dicipta sebagai 'tagline' sesebuah syarikat. Lalu, pengetahuan khusus tentang produk atau perkhidmatan penganjur harus diambil tahu. Penulis akan membantu anda menghasilkan slogan mengikut kriteria penganjur. PANDUAN MENULIS: SLOGAN UNTUK PERADUAN ini diharap dapat membantu anda untuk menghasilkan slogan yang lebih kreatif dan menarik perhatian penganjur, seterusnya memenangi peraduan menulis slogan.