ANEKDOT KISAH CUCUK VAKSIN
Penyelenggara: Wanna Jae
Penerbit: Syahida Hassan Enterprise
Tahun: 2023
Muka Surat: 115
ISBN: 9789672378921
Blurb:
Ketika pandemik COVID-19 menular dengan sangat pantas pada awal tahun 2020, satu dunia seperti lumpuh. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Kemudian, kerajaan telah mengambil langkah pencegahan lain iaitu dengan memberikan suntikan vaksin bagi mengekang penularan virus berkenaan. Vaksin pula diimport daripada beberapa negara. Pelbagai reaksi, kontroversi, gosip dan persepsi rakyat Malaysia terhadap suntikan vaksin ini. Anekdot Kisah Cucuk Vaksin ini menampilkan 18 kisah cucuk vaksin daripada 18 orang penulis. Ikuti kisah mereka.