#MERZ ANAK PENOREH KINI PILOT

#MERZ ANAK PENOREH KINI PILOT

Harga biasa
RM40.00
Harga jualan
RM40.00
Harga biasa
RM40.00
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Ini ialah kisah hidup dan pengalaman kisah benar seorang bekas juruterbang Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tuan Mohd Ezairol Rezan Bin Zainol #Merz yang berjaya mencapai impiannya hingga dapat mengubah nasib diri sendiri dan juga keluarga yang berasal daripada keluarga susah.
Meskipun mempunyai Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) kampus Jalan Gurney beliau tidak malu bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kemudian memilih pula untuk berkerja kilang di Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
Sudah rezekinya, daripada 26,000 permohonan yang dipiliih untuk menjalani latihan sebagai inspektor polis, beliau antara 114 orang yang terpilih dan mengikuti satu demi satu latihan intensif untuk memantapkan jati dirinya sebagai anggota polis.
Akhirnya seorang anak kampung, anak seorang penoreh getah berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang pegawai polis. Daripada menjadi anggota polis biasa beliau meningkatkan kerjaya hingga berjaya menjadi juruterbang. Hingga detik ini beliau telah berjaya menerbangkan pelbagai jenis pesawat komersil dan kargo hingga ke seluruh dunia.
Kepada guru, pelajar dan orang awam buku ini wajar dibaca untuk yakin bahawa setiap kejayaan itu mestilah bermula dengan usaha, usaha dan usaha. Setiap kejayaan mestilah bermula dengan usaha dan kerja kuat.