Buku ini mencatatkan perkara yang menjadi impian ibu bapa semasa dan selepas ketiadaan mereka. Hasrat mahu menitipkan pesanan bukan sahaja buat anak-anak malah kepada keturunan seterusnya. Membina sebuah legasi keluarga yang berpaksi kepada ajaran agama Islam dengan betul.
Terselit pengajaran, hikmah dan ibrah agar pesanan itu sampai kepada semua. Mesej yang hendak dinyatakan adalah menjadi anak yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan jujur.
Mencipta kenangan yang indah dalam setiap aktiviti bersama-sama keluarga merupakan pendidikan secara tidak langsung. Penulis mahu melihat generasinya dapat membina ukhuwah kekeluargaan yang kukuh. Mengenepikan perbezaan pendapat dan merapatkan jurang dengan berpandukan ajaran agama Islam.