PROJEK PENERBITAN ANTOLOGI CERPEN DAN PUISI GURU
DEMI SATU HARAPAN
Setiap guru menyimpan seribu kisah yang tidak pernah tertulis di papan putih. Ada suka dan duka, pengorbanan dan harapan, serta pengalaman yang membentuk generasi masa depan.
Kini, tibalah masanya untuk berkongsi kisah dan luahan hati anda melalui Antologi Puisi dan Cerpen "Demi Satu Harapan".
-
SYARAT PENYERTAAN
- Terbuka kepada guru yang sedang berkhidmat atau pesara guru.
- Penyertaan terhad kepada 30 penulis sahaja.
- Karya mestilah karya asli dan tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak.
- Karya tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan penulisan.
- Penulis boleh memilih salah satu kategori berikut:
- Puisi (4 buah puisi tradisional atau moden)
- Cerpen (1 buah cerpen)
- Tema karya:
- Penghargaan kepada guru
- Kenangan dan pengalaman sebagai pendidik
- Harapan dalam dunia pendidikan
- Setiap peserta perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM80.
- Penulis akan menerima:
- 3 naskhah buku terbitan
- 3 penanda buku eksklusif
- Pembelian buku tambahan layak menerima diskaun khas.
- Keputusan penerbit adalah muktamad.
FORMAT PENULISAN
Puisi
- Bilangan karya: 4 buah puisi
- Bentuk: Tradisional atau moden
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Taip menggunakan MS Word
- Fon: Times New Roman
- Saiz fon: 11
- Langkau baris: 1.0
Cerpen
- Bilangan karya: 1 cerpen
- Panjang: 1,000 – 2,000 patah perkataan
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Taip menggunakan MS Word
- Fon: Times New Roman
- Saiz fon: 11
- Langkau baris: 1.0
Biodata Penulis
Sertakan:
- Biodata ringkas (50 patah perkataan)
- Gambar berukuran pasport
- Gambar mestilah asli dan tidak disunting secara berlebihan
Penamaan Fail
GURUKU_NAMAPENULIS_TAJUKKARYA
Contoh:GURUKU_NURULSYAHIDA_DEMISATUHARAPAN
📅 Tarikh Akhir Pendaftaran: 31 Ogos 2026
📅 Tarikh Akhir Penghantaran Karya: 12 Disember 2026