Dato' Rahman Shaari pernah berkata, puisi ialah pemikiran matang dengan gaya berseni. Dalam dunia sastera pemikiran matang itu penting, kerana jika tidak memilikinya sukar menerima sebarang kritikan. Maka, beliau kemukakan idea penulisan puisi berimpak tinggi.
Bagaimana cara menulis puisi yang mengemukakan peluasan makna merdeka tanpa menyebut merdeka?
Syahida Hassan Enterprise mengundang Dato' Rahman sendiri untuk mengajar anda semua cara untuk menghasilkan puisi berimpak tinggi. Maharnya hanya RM30 untuk kelas dua jam ini. Anda akan diajar teknik penulisan puisi dan cara menghasilkan puisi berimpak tinggi berdasarkan tema.